CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 24, 2011

SU-30MKK



   cita-cita sya nak jadi pemandu pesawat SU-30MKK . tentu kawan kawan tak tau ape SU-30MKK.. SU-30MKK ialah adalah sebuah pesawat ubahsuai Su-27SK yang dikeluarkan sejak 1999 oleh KnAAPO, JSC. Pesawat ini dianggap sebagai versi tingkat upaya bagi Sukhoi Su-30. Pesawat ini boleh diperanankan sebagai sebuah pesawat pelbagai peranan, penguasaan udara dan penyerang-pejuang jarak jauh dari kelas berat. Su-30 MKK kini digunakan oleh Tentera Pembebasan Rakyat, Tentera Udara Indonesia, dan baru-baru ini oleh Tentera Udara Venezuela... 

  sejarah SU-30MKK
China dan Rusia mula berunding untuk membeli pesawat pejuang pelbagai peranan Su-30MK pada 1996. Pada masa itu, pesawat Su-30MK masih di dalam proses melengkapkan pembangunan akhirnya. Pejanjian perolehan awal sebanyak 38 buah pesawat yang bernilai kira-kira AS$2 bilion telah dipersetujui pada Ogos 1999. Pada 9 Mac, 1999, pesawat prototaip pertama yang dinamakan sebagai "Blue 501" telah membuat penerbangan sulung. Pada 19 Jun, 1999, pesawat prototaip kedua yang dinamakan "Blue 502" pula berjaya melakukan penerbangan sulung, dan sama seperti pesawat prototaip pertama, pesawat ini digunakan bagi melakukan ujian prestasi aerodinamik. Pesawat prototaip ke-3 dan ke-4 masing-masing dinamakan "Blue 503" dan "Blue 504" kemudian telah dibina pada tahun yang sama dan digunakan dalam melakukan ujian persenjataan. Kesemua penerbangan ujian telah dibuat di Komsomolsk-on-Amur, dan huruf kedua "K" pada Su-30MKK membawa maksud Komsomolsk-on-Amur, dan bukannya "Kitayski" yang merujuk kepada China. Khabar angin mengatakan, tindakan keselamatan ini dilakukan atas permintaan China, dan rujukan ini kekal sehingga 15 Ogos, 1999, apabila Panglima Tentera Udara Rusia telah secara terbuka memaklumkan kepada pemberita dari negara Barat di khalayak umum bahawa China telah memesan pesawat Su-30MKK. Versi ini telah diubahsuai khas bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat dan dikenali sebagai Su-30MKK. Keperluan China telah memberi mandat ke atas tingkat upaya ketara yang dilakukan pada pesawat asal Su-30MK, dan Biro Rekabentuk Sukhoi telah menggunakan banyak sumber-sumber seperti CAD / CAE / CAM bagi mencepatkan proses. Mengikut Biro Rekabentuk Sukhoi, pesawat ini hanya mengambil masa selama 9 bulan dari tarikh proses rekabentuk dimulakan sehingga penyiapkan pesawat prototaip pertama yang dinamakan "Blue 501". Pada Januari 2003, Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat pula telah memesan 24 buah pesawat Su-30MKK2 yang mana merupakan versi tingkat upaya bagi pesawat asal Su-30MKK.. 

sekarang, jom kita tngok pesawat SU-30MKK


0 comments: