CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sekolahku

-SEJARAH-

Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya merupakan sekolah menengah yang pertama dibina dalam kawasan perumahan di Sarawak. SMK Matang Jaya terletak di Taman Matang Jaya, Jalan Matang yang ditadbir oleh Majlis Daerah Padawan. Sekolah ini dibina pada 25 Mei 2000 dan siap pembinaannya pada 18 Disember 2003 dengan kos binaan sebanyak RM38 juta.

Sesi persekolahan 2004 bermula pada 5 Januari 2004 secara menumpang di SK Matang Jaya sehingga 24 Januari 2004. Sesi persekolahan secara rasmi bermula di bangunan sekolah ini adalah pada 26 Januari 2004. Turut dimulakan pada tahun yang sama adalah kelas Tingkatan 6 Rendah pada 21 Jun 2004.

Pada 16 Januari 2005, SMK Matang Jaya secara rasminya telah menerima kehadiran pengetua pertamanya, iaitu Puan Saftuyah Bt Haji Adenan. Menjelang penghujung tahun 2005, bilangan tenaga pengajar bertambah kepada 58 orang dan staf sokongan kekal 10 orang.

Kini, SMK Matang Jaya mempunyai lebih daripada 38 buah kelas dan jumlah ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan dengan pertambahan bilangan pelajarnya. Sejajar dengan itu, bilangan tenaga pengajar juga ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan pendidikan terbaik mampu disediakan oleh pihak sekolah.

_______________________________________________________

-MISI & VISI-

VISI SMK MATANG JAYA
SMK Matang Jaya Gemilang pada 2015

 ——

MISI SMK MATANG JAYA

__________________________________________________________


-MATLAMAT-

Seluruh warga SMK Matang Jaya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat berikut:
Menetapkan dasar sekolah serta mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi;
Pembangunan budaya ilmu dan berfikir dalam kalangan warga sekolah;
Membina dan membangunkan keyakinan dan daya maju warga sekolah secara tekal dan berterusan
Membentuk dan memastikan struktur organisasi yang revelan dan berfungsi;
Mengadakan perancangan yang strategik, taktikal, dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, serta perkembangan akhlak dan sasiah berasaskan prinsip peenambahan berterusan;
Mewujudkan iklim yang sihat dengan memastikan persekitaran psikososial yang selamat, kondusif dan harmoni;
Menguruskan semua data dan maklumat pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan;
Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dan surat pekeliling ikhtisas;
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kecekapan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan warga sekolah;
Meningkatkan program memasyarakatkan sekolah

 __________________________________________________________

 -PIAGAM PELANGGAN-

Memberikan layanan yang adil dan sama rata dalam kalangan keluarga sekolah tanpa batasan agama, kepercayaan dan bangsa

Warga pendidikan dan staf sokongan SMK Matang Jaya berjanji dan berusaha sedaya untuk;

Melaksanakan tanggungjawab dengan penuh iltizam dan professional selaras dengan SKPM

Membangunkan budaya ilmu dan budaya berfikir dalam kalangan keluarga sekolah

Mewujudkan iklim yang selamat, ceria, dan harmoni untuk membangunkan potensi seluruh keluarga sekolah secara

Menyeluruh dan bersepadu merancangkan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan kurikulum kebangsaan

Menyediakan seluruh keluarga sekolah dengan kemahiran komunikasi dan kecekapan menggunakan Teknologi Maklumat dan komunikasi

Mengoptimumkan penggunaan sumber untuk membangunkan kemenjadian murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan pembangunan akhlak dan sahsiah

Mewujudkan hubungan yang berhemah dan harmonis dalam kalangan keluarga sekolah serta meningkatkan program memasyarakatkan sekolah

__________________________________________________________


-LOGO SEKOLAH-



KESELURUHAN LOGO
Gambaran bumbung atau menara menaungi papan sasaran (bulatan-bulatan) yang mengecil.
Jalan memberi gambaran visi menuju ke gerbang menara gading

TAKRIF MENARA
Bumbung bermaksud institusi sekolah melindungi pelajar / warga sekolah dari anasir negatif

SIMBOL MENARA GADING
Bulatan – Melambangkan matlamat atan sasaran padu pelajar/guru
Buku – Sumber Ilmu pengetahuan dengan mengutamakan nilai murni

WARNA
Merah – Matlamat semangat dan keyakinan diri yang membara untuk mencapai kejayaan/sasaran
Biru – Simbol perpaduan warga sekolah yang pelbagai etnik ke arah merialisasikan wawasan sekolah
Kuning – Simbol kerajaan Malaysia yang berdaulat
Hitam – Simbol kecekalan, ketabahan dan kekentalan jiwa warga sekolah/pelajar
Putih – Kesucian hati/kemurnian akhlak dan keluhuran peribadi