CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 30, 2011

Tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak

1. Kampung Budaya Sarawak

berdekatan dengan Santubong Resort. Ia juga terletak berhampiran pantai dan pusat peranginan. Kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya Kuching.

Di Kampung Budaya a.k.a Sarawak Cultural Village...terdapat 7 buah rumah etnik utama bagi penduduk negeri Sarawak ini iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu, Penan dan Cina.

Anda boleh mengenali semua suku kaum yang terdapat di Sarawak dengan hanya melawat ke Kampung Budaya ini dalam setengah hari sahaja. Anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dari setiap suku kaum yang terdapat di Sarawak ini. Anda juga berpeluang menikmati kemeriahan persembahan tradisional suku kaum, cara tenunan pua kumbu dan manik serta aktiviti harian suku kaum seperti menyumpit dan memburu.




 RUMAH MELANAU



2.Pasar Serikin

Serikin merupakan sebuah pekan besar yang terletak di sempadan Daerah Bau Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Mengambil masa 2 jam perjalanan dari pusat Bandaraya Kuching. Sistem pengangkutan yang baik menjadikan Serikin sering dikunjungi pelawat untuk membeli-belah yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing. Permaisuri Agong turut pernah ber'shopping' di Serikin pada tahun 2004.

Serikin hanya boleh dikunjungi pada hari sabtu dan ahad sahaja. Pelbagai barangan kelengkapan rumah boleh dibeli di sini. Barangan ukiran, perabot rotan, kain langsir, tikar dan lain -lain keperluan anda boleh dibeli dengan harga yang cukup murah asalkan anda pandai menawar. Jika anda bijak menawar, anda boleh membeli dengan potongan harga sehingga 50% daripada harga asal. Matawang yang digunakan adalah dalam Ringgit Malaysia.



Memang murah topi, helmet (non SIRIM approved la semestinya!), tudung, telekung di sini. workmanship yg bertepatan dgn harga yg dibayar. Setengah telekung tu, kalau kat Semenanjung memang sebijon, harga Rm80...kat sini Rm30-40 boleh dapat, bergantung cara kita tawar-menawar. Yang pastinya, memang murah

amat sesuai di kunjungi pada pagi sabtu dan ahad sahaja (7pagi-4ptg)








3. Sinar Serapi Eco Park



Sebuah Taman Rekreasi Air yang terletak dikawasan Matang, Petra Jaya. 
Saya sendiri terkejut apabila mengetahui tentang wujudnya Taman Rekreasi yang berdekatan bandar. 
Anda tidak perlu lagi kepantai untuk bermain jet ski dan aktiviti air lain. 
Hanya perlu datang kesini bersama rombongan dan anda dijanjikan dengan layanan istimewa.



Buat pengetahuan semua, Sinar Serapi Eco Theme Park juga di kenali sebagai Sinar Serapi Home Resort. 
Ianya terletak di Jalan Sungai Tengah, Batu 71/2 off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak..

Walaupun pembinaan belum sepenuhnya siap (di katakan baru 80%) tetapi Sinar Serapi Eco Theme Park rasanya mampu memberikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya..

Saya difahamkan Eco Theme Park ini akan dibuka secara rasmi menjelang tahun 2013.  Kelapangan tanah yang amat luas yang masih dalam proses pembinaan amat membuatkan saya tidak sabar-sabar menunggu kedatangan tahun 2013. 



Ianya beroperasi 9:00am - 10:30pm setiap hari..

Bayaran masuk bagi dewasa adalah rm10 seorang. Kanak-kanak atau remaja 6 tahun keatas pula rm5 seorang manakala kanak- kanak bawah 5 tahun adalah percuma.





                   4. Kedai Kek Lapis Dayang Salhah


Kek Lapis Sarawak yang mula dipopularkan pada akhir 80-an (walaupun asal usulnya lebih lama) mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek tradisional yang lain. Ia digemari sehingga mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan.
Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular  ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan juga kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Ramai isteri isteri vip dan orang kenamaan yang akan singgah di sini untuk memborong kek sarawak secara pukal dari kedai Dayang Salhah
.
Salah seorang pakar dalam membuat kek lapis Sarawak, Pn. Rabiah Amit, telah menghasilkan buku Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan kira kira 40 jenis kek lapis pelbagai bentuk, rasa dan corak. Buku ini boleh didapati dalam 2 jilid berlainan di kedai kedai utama seperti MPH dan Popular pada harga kurang dari RM30. Kini kek lapis sarawak ini juga dihasilkan di semenanjung, dan ada diantara peminat kek ini yang menjadikannya sebagai hantaran atau cenderamata sewaktu kenduri kahwin.